Ahad, 12 Julai 2009

Virus Michael Jackson

VENDOR keselamatan terkemuka, Symantec mengeluarkan amaran ancaman
virus menerusi e-mel berkaitan kematian Raja Pop, Michael Jackson yang
kian menular dalam dunia siber.

Ancaman virus 'worm' terbabit akan merebak ke komputer pengguna jika
mereka membuka fail yang mengandungi subjek 'Remembering Michael
Jackson' atau lampiran 'Michael songs and pictures.zip.'

Fail berformat .zip itu memuatkan kandungan lain iaitu
'MichaelJacksonsongsandpictures.doc.exe' yang menyimpan salinan virus
worm serta akan merebak serta-merta sebaik ia diklik.

Symantec menyifatkan worm berkenaan sebagai W32.Ackantta.F@mm yang
bukan saja menular melalui e-mel, malah mampu disebarkan apabila
pengguna memasukkan pemacu USB menggunakan autorun.inf.


Hope to keep you informed....hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan