Bahagian 1 – Pengorbanan Ibu
Adakah kesusahan keluarga memainkan peranan penting dalam kehancuran sebuah institusi kekeluargaan, itulah satu soalan yang sering aku tanyakan didalam diri aku ni.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana (tapi hampir ke tahap miskin), mempunyai empat orang adik beradik, walaubagaimanapun kami hidup bahagia, disebabkan mempunyai seorang ibu yang sangat bijak mengaturkan pembelanjaan seharian kami. Bijak dan sanggup berkorban dalam apa juga situasi asalkan kami berjaya.
Dari kecil lagi kami diajar berjimat, wang saku hanya 20cen setiap hari tidak pernah miss, kurang atau lebih, tidak memilih makanan yang dihidangkan, menghargai setiap yang ada dan belajar dari setiap kesusahan yang kami lalui.
Pelbagai cara untuk berjimat ibu lakukan, antara yang paling aku ingat sehingga kini ialah pengorbanan ibu untuk mendidik anaknya, Ibuku tidak lah belajar tinggi hanya sampai darjah 6 (sebab kemiskinan juga) tapi Ibu sanggup belajar dari anak jiran kami yang baru darjah 5 atau 6, kemudian mengajar kakakku yang ketika tu baru darjah 5, ibu cuba selesaikan segala masalah pembelajar kami, biarpun ibu terpaksa belajar dari anak-anak orang lain juga, ibu cuba sedaya mungkin, sebab kami tak mampu untuk pergi kelas tambahan macam budak-budak lain, Ibu suka mengajar kami matematik, dia kata matematik penting.. alhamdulliah terima kasih ibu, kerana kami berjaya dalam SPM (matematik A1) ini semua bermula dari asas.
Ibu cuba gembirakan kami walaupun tidak mampu, kami hanya makan KFC hanya setahun sekali, percaya atau tidak aku masih menggemari KFC hehehe. Setiap kali hari raya menjelma adalah saat yang kami nantikan Ayah akan belikan kami baju baru dan kasut baru semua genap 2 pasang tak lebih dan tak kurang jenama KIKO dan KIKI LALA menjadi pilihan, tapi ayah dan ibu akan beli baju yang hanya ada potongan 70% keatas, so kami tahulah yang mana satu kami akan pilih, percaya atau tidak kami selalu cakap dengan ibu “mana ada barang yang murah, cantik dan elok” tapi ibu tetap jumpa hehehe… ibu memang bijak dan ayah selalu geleng kepala melayan kerenah ibu mencari baju untuk kami (Murah Cantik dan Elok). Hanya pada hari raya sajalah kami dapat membeli baju baru. Tak heran laaa pada malam ayah dan ibu belikan kasut baru, kami berempat tertido dengan memakai kasut baru (punyalah gembira).
Seperti kanak-kanak lain menjelang bulan puasa kami bermain bunga api juga, tetapi hanya 2 batang sahaja sehari, supaya kami gembira disepanjang minggu-minggu akhir puasa, untung ada ibu yang pandai menyeimbangkan antara keseronokan anak-anak dan kesusahan. Hari raya pulak saat ditunggu, iaitu duit raya sama seperti kanak-kanak lain, tapi kami taklah boleh belanja duit raya kami, kata ibu duit ni kena simpan nanti ibu masukkan dalam bank, so kami pun kumpul lah sebanyak yang mungkin duit kemudian masukkan dalam tabung gajah (bunyi-bunyi tu) dan tabung arnab untuk abang dan akak.
Teringat masa tadika dulu aku memang degil, setiap pagi ibu menghantarku ke tadika sambil dukung adikku yang kecil sejauh 1KM, kemudian ibu pun pulang semula kerumah, tapi degilnya aku, selalu je… balik semula kerumah selepas ibu hantar ke tadika, tinggalkan bag pulak tu, so ibu terpaksalah pergi semula ambik beg aku untuk dibawa balik, maafkan aku ibu sebab buat ibu terpaksa berjalan 4KM sehari semata-mata untuk ku
Kami memang bijak belajar, kami sering dapat pujian dari guru-guru, ibu pula sering berjumpa dengan guru-guru kami, biarpun sanggup berjalan kaki kesekolah yang jaraknya 3KM, semata-mata untuk berjumpa guru untuk menanyakan perkembangan pembelajaran kami, alangkah gembira aku melihat ibu ku diluar kelas menanti giliran untuk berjumpa guru, tapi sedih bila kulihat ibu seolah dalam kepenatan berjalan, kemudian setelah berjumpa guru, ibu mengajak ku ke kantin sekolah untuk duduk bersama membincangkan pembelajaranku dan meneguk secawan air sirap dan berlalu berjalan kaki pulang ke rumah.
Kami terus meniti hari demi hari, kesusahan demi kesusahan, pengorbanan demi pengorbanan, yang terlalu banyak untuk ku ceritakan dan akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke university.. terima kasih ibu diatas pengorbananmu yang tiada tolok bandingnya..
huhu patut lah anak dia bijak dan tak meninggi diri kan..
BalasPadamsayang, u punya counter i rs u kena resize ar, x fit btul2
BalasPadam